Pengerusi NGO G57 berdepan saman fitnah RM100 juta - Utusan Malaysia

Pengerusi NGO G57 berdepan saman fitnah RM100 juta

PETER Anthony (tengah) menunjukkan saman fitnah yang dihantar kepada Pengerusi G57 semasa sidang akhbar di Kota Kinabalu semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Peter Anthony memfailkan saman fitnah berjumlah RM100 juta terhadap Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57).

Peter, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap berkata, paparan dalam laman Tiktok yang dimuat naik oleh Pengerusi G57, Datuk Zulkarnain Mahdar dilihat sebagai cubaan memburukkan reputasinya sebagai Presiden parti dan ADUN.

Beliau berkata, menerusi video dipaparkan itu, Presiden G57 tersebut menyebarkan fitnah yang mengaitkan beliau sebagai seorang kontraktor kelas A yang terpalit dengan isu rasuah berkaitan bekalan air di Sabah.

“Semua maklum, selaku wakil rakyat, kita terlebih dahulu perlu meletak jawatan sebagai pemegang taruh atau mana-mana agensi yang berkepentingan. Saya telah meletak semua jawatan selaku ahli perniagaan sejak 2017.

“Paparan yang dimuat naik itu berniat jahat. Kita tidak tahu siapa suruh (arah) beliau. Fitnah yang dilemparkan ini memperlihatkan seolah-olah saya seorang yang tidak jujur, tidak ikhlas atau pun mengamalkan sesuatu yang tidak baik,” katanya dalam sidang akhbar, di sini semalam.

Katanya, penamatan kontrak syarikat konsesi air yang dilakukan di bawah kementerian yang dipegangnya pada 2018 dibuat secara sebulat suara dalam Kabinet Negeri pada ketika itu.

Mengulas lanjut katanya, surat saman itu telah dihantar melalui peguamnya kepada Zulkarnain pada Isnin. Saman yang dikeluarkan itu bagi membersihkan namanya selaku Presiden Parti KDM yang didakwa terbabit isu rasuah.

Peter berkata, kes mahkamah yang dihadapinya masih dalam proses rayuan di mahkamah dan selagi Mahkamah Rayuan belum buat keputusan maka, semua kesalahan yang dihatuhkan kepadanya masih digantung.

Sementara itu, Zulkarnian menyatakan beliau belum menerima apa-apa writ saman namun, beliau bersedia untuk menentang ADUN Melalap itu di mahkamah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya