Pengawal didenda RM7,000, mengakui salah cabul kanak-kanak tujuh tahun - Utusan Malaysia

Pengawal didenda RM7,000, mengakui salah cabul kanak-kanak tujuh tahun

YUSRI Jaafar keluar dari Mahkamah Sesyen Johor Bahru selepas mengaku bersalah atas tuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang kanak-kanak perempuan, tiga tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman denda RM7,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan kekerasan jenayah terhadap seorang kanak-kanak perempuan, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Yusri Jaafar, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pilihan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.

Berdasarkan kertas pertuduhan itu, dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia tujuh tahun dengan menyuruh mangsa menghisap kemaluannya dan menggosok kemaluan mangsa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara pukul 12 tengah hari hingga 2 petang di sebuah rumah di Jalan Gangsa, Peringkat 1, Kampung Cahaya Baru, Pasir Gudang pada 15 Februari 2021.

Dia didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Wahida Shahudin, manakala tertuduh diwakili peguam bela Jamian Dolah.

Jamian memohon agar Mahkamah mempertimbangkan faktor kesihatan anak guamnya yang menghidapi penyakit jantung dan memerlukan rawatan secara berkala di hospital serta turut menanggung isteri dan empat anaknya berusia antara tujuh hingga 24 tahun dengan pendapatan sebanyak RM1,800 sebulan.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya