Penganggur rempuh polis dijel dua tahun - Utusan Malaysia

Penganggur rempuh polis dijel dua tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini bagi pertuduhan merempuh dua orang anggota polis, bulan lalu.

Hakim Siti Shakirah Mohtaruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Lee Soon Heng, 45, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut. Tertuduh perlu menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh tangkap iaitu pada 23 September lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang memandu sebuah kereta Hyundai dengan nombor pendaftaran depan dan belakang yang berbeza didakwa telah merempuh dua buah motosikal yang ditunggangi oleh anggota polis masing-masing berusia 36 tahun dan 28 tahun dengan pengetahuan bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan kematian.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di lampu isyarat di Jalan Segambut dekat Sentul di sini pada pukul 12.50 tengah hari, 23 September lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan juga boleh didenda.

Ketika mengemukakan rayuan, Soon Heng memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman penjara yang minima.

“Saya memohon maaf kepada mahkamah atas kesalahan yang telah dilakukan. Saya belum berkahwin tetapi mempunyai seorang kekasih dan seorang anak angkat berusia 8 tahun. Keluarga juga kurang berkemampuan,” kata tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya, Nidzuwan Abdul Latip memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian tertuduh sedang cuba ditahan oleh dua anggota polis yang sedang menunggang dua buah motosikal sebelum bertindak merempuh anggota-anggota polis berkenaan dalam usaha melarikan diri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya