'Penerimaan maaf oleh PMX bukan bermaksud Malaysia tanggung akibat skandal 1MDB' - Utusan Malaysia

‘Penerimaan maaf oleh PMX bukan bermaksud Malaysia tanggung akibat skandal 1MDB’

KAMIL MUNIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ‘Tiada siapa boleh mengatasi undang-undang, proses keadilan harus dan mesti ditegakkan’.

Demikian penegasan oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Kamil Munim yang menyifatkan penerimaan permohonan maaf oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengubah fakta bahawa negara ‘bersetuju’ untuk menanggung beban kerosakan yang besar akibat skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) 1MDB.

“Tidak timbul isu PMX (Anwar) terima maaf atau tidak. Apa yang disebut PMX ialah beliau terima baik permohonan maaf yang dibuat (Najib), dan ternyata tidak mengenepikan malah mengubah fakta bahawa negara sudah menanggung beban kerosakan yang besar akibat skandal 1MDB.

“Justeru, segala hujah yang cuba mempertahankan kecurangan tersebut telah dipadamkan melalui permohonan maaf oleh mantan Perdana Menteri Najib Razak,” katanya dalam kenyataan.
Kamil mengulas kritikan peguam, Latheefa Koya, yang mendakwa Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu tidak mempunyai kuasa menerima permohonan maaf sedemikian.

“Bukan urusan dan kuasa PM untuk menerima permohonan maaf sebegitu. Bukan tugasnya. Oleh kerana Najib masih menegaskan dia tidak bersalah, penerimaan Anwar itu membenarkan jenayahnya.

“Ia memberanikan golongan korup, memperlekeh mahkamah, dan merendahkan SPRM,” kata Latheefa yang juga bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Semalam Anwar menyatakan menerima baik permohonan maaf yang dibuat Najib, berkait kes penyelewengan dana 1MDB itu.

Dalam kenyataan yang dibacakan anaknya, Datuk Mohamad Nizar Najib pada Khamis lalu, Najib kekal menyatakan tidak bersalah dan meletakkan kesalahan kepada ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low dan eksekutif Petrosaudi.

Permohonan maaf Najib itu dibuat enam hari sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan sama ada beliau perlu membela diri dalam kes rasuah 1MDB yang bermula lima tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya