Penduduk resah dinding rumah retak

Penduduk resah dinding rumah retak

NORAFIDAH Mohd. Suki menunjukkan rekahan dinding di rumahnya di Taman Sempalit Permai, Mentakab semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Seramai 18 penghuni Taman Sempalit Permai Mentakab bimbang terhadap kerja-kerja membina tembok yang didakwa menyebabkan tiga rumah mengalami keretakan pada dinding, lantai dan siling

Menurut penduduk ketika ditemui Utusan Malaysia, keretakan struktur bangunan itu dipercayai akibat kesan kerja piling atau menanam cerucuk bagi pembinaan dinding penahan runtuhan tanah ekoran pergerakan tanah bukit berhampiran sejak lebih setahun lalu.

Seorang penduduk Norafidah Mohd. Suki, 34, berkata, runtuhan tanah dari bukit berdekatan berlaku pada tahun lepas tetapi Majlis Perbandaran Temerloh ( MPT) mula membina tembok sejak 25 September tahun ini.

“Proses pembinaan itu dipercayai antara punca struktur bangunan penduduk retak seperti di bahagian dinding dan siling. Sebelum ini tiada kesan keretakan ditemui.

“Saya segera menemui kontraktor dan MPT bagi mengadu supaya kerja pembinaan dihentikan bagi mengelakkan kerosakan lebih teruk,”katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Sempalit Permai semalam.

Menurutnya, kontraktor binaan ketika hadir meninjau kerosakan rumah menyarankan dia mengupah konsultan mengkaji kesan runtuhan sama ada kesan dari piling atau faktor lain. Namun Norafidah perlu membayar sekitar RM6,000 kepada konsultan berkenaan.

Tambahnya, setakat ini MPT tidak turun padang melihat sendiri situasi sebenar tetapi menyerahkan sepenuhnya kepada kontraktor untuk mengatasi masalah yang dibangkitkan penduduk.

Seorang lagi penduduk, Norashikin Bokhari,42, mengaku sangat risau kerana kesan keretakan semakin besar.

“Sudah 17 tahun saya tinggal di sini dan inilahh kali pertama berlaku keretakan yang serius,” katanya.

Sehubungan itu, Norashikin berharap MPT dan kontraktor meletakkan papan tanda projek serta bersemuka dengan penduduk yang semakin risau dengan projek tersebut.

“Kami mengalu-alukan pembinaan tembok tersebut, namun aspek keselamatan perlu diutamakan.

“Kami juga tertanya-tanya siapa yang akan bayar ganti rugi terhadap kerosakan yang berlaku pada rumah kami.

“Dinding retak, siling ada yang seperti mahu roboh, siapa yang akan bertanggungjawab?,” soalnya.

Sementara itu, seorang lagi penghuni, Sazali Sazli Sudarmi, 47, berkata, masalah boleh diselesaikan menerusi kaedah menang-menang melibatkan semua pihak.

“Kita tahu tembok itu dapat menghalang hakisan tanah, tapi jika beri kesan terhadap rumah penduduk, keadaan itu tidak seharusnya berlaku. Kita kena tengok balik apa masalah,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya