KOTA BHARU: Negeri Pantai Timur, terutama Kelantan dijangka dilanda banjir besar atau bah kuning pada hujung tahun ini berpandukan kitaran alam yang menyaksikan setiap 10 tahun negeri itu berdepan situasi sedemikian. Kali terakhir Kelantan mengalaminya adalah pada 2014 selepas bah kuning menenggelamkan hampir semua jajahan negeri itu. Bah kuning yang digambarkan seperti tsunami itu menyebabkan kira-kira 202,000 penduduk di negeri ini menjadi mangsa, 10 tahun lalu. Malah ada dalam kalangan penduduknya hilang sepenuhnya harta benda termasuk rumah akibat bencana itu. Tidak cukup dengan itu, Sungai Galas di Dabong, Kuala Krai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya