Penduduk bimbang ancaman gajah liar

Penduduk bimbang ancaman gajah liar

MUSA Ahmad menunjukkan sebahagian pokok pisang yang dirosakan gajah liar di Kampung Basung, Hulu Terengganu, semalam. – UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Penduduk di Kampung Basung dekat sini bimbang dengan ancaman sekumpulan gajah liar di kawasan rumah mereka hampir setiap malam.

Senario itu juga menambahkan lagi episod duka penduduk yang sudah sekian lama terpaksa berputih mata menanggung kerugian setelah hasil tanaman dimusnahkan mamalia berkenaan.

Seorang penduduk, Musa Ahmad, 71, berkata, nyawa penduduk kini diibaratkan ‘bagai telur di hujung tanduk’ kerana gajah liar berkeliaran di kawasan perkampungan seperti haiwan ternakan.

“Masalah gajah di sini berlanjutan telah lama. Ramai pekebun tidak dapat berkebun lagi kerana tidak sanggup tanggung kerugian, penat lelah usaha tanaman tapi hasil dimusnahkan gajah.

“Bukan setakat kesedihan, tiga empat tahun kebelakangan ini pula, gajah liar makin menjadi-jadi ‘bermain’ di kawasan rumah penduduk. Kami makin bimbangkan soal keselamatan.

“Beberapa hari lepas tiga malam berturut-turut seekor gajah liar dewasa datang sehingga tepi rumah dan merosakkan hampir 10 batang pokok pisang serta kelapa,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tambah Musa, dia yang sebelum ini pernah punyai kebun cempedak tidak lagi mengusahakannya selepas tanaman dimusnahkan gajah kira-kira lima tahun lalu.

“Kebiasaannya sepanjang musim duku seperti sekarang ini saya boleh pendapatan sehingga RM5,000, tetapi kali ini baru RM900 sahaja. Musim pun hampir berakhir.

“Banyak pokok telah dirosakkan, selain saya takut untuk ke kebun kerana risaukan keselamatan. Baru-baru ini ada penduduk sedang panjat pokok duku terus bergegas turun larikan diri apabila ternampak gajah liar,” ujarnya.

Bagi seorang lagi penduduk, Mamat Mat Amin,74, masalah ancaman gajah liar turut dialami penduduk di Kampung Pasir Dula dan Padang Setebu berdekatan Kampung Basung.

“Isu gajah liar ini tidak lagi sekadar musnahkan tanaman kebun penduduk tetapi lebih penting sekarang ialah soal keselamatan dan nyawa penduduk. Kampung ini seolah-olah telah menjadi taman gajah.

“Saya sendiri pernah terserempak seekor gajah dewasa bersama seekor anak di halaman rumah kira-kira pukul 9.30 malam ketika pulang dari masjid. Syukurlah tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku, cuma pokok sekeliling rumah dirosakkan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya