ISKANDAR PUTERI: Seorang pemuda berusia 24 tahun ditemukan lemas di Sungai Melana, Kangkar Pulai, di sini, malam tadi.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Khairul Anuar Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 9.29 malam.
Seramai 11 anggota berserta tiga jentera dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba sembilan minit kemudian.
“Setibanya di lokasi, anggota terus memulakan operasi pencarian menggunakan teknik ‘surface searching’ sebelum menemukan mangsa pada kedalaman dua meter.
“Mangsa kemudian disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang turut datang ke lokasi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan mengesahkan kejadian tersebut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN