Pempengaruh filem pornografi dakwa dicabul, polis tidak terima sebarang laporan - Utusan Malaysia

Pempengaruh filem pornografi dakwa dicabul, polis tidak terima sebarang laporan

RUSDI MOHD. ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Tiada sebarang laporan polis diterima daripada pempengaruh filem pornografi luar negara berhubung dakwaan dia diekori dan dicabul ketika bersiar-siar di ibu negara pada minggu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, wanita warga asing itu boleh menggunakan media sosial untuk membuat sebarang kenyataan, tetapi seeloknya tampil membuat laporan polis.

“Dakwaan ini adalah kes terpencil dan secara keseluruhannya Kuala Lumpur adalah selamat.

“Kalau tengok statistik jenayah, bukan saja jenayah indeks, tapi jenayah lain juga kurang. Justeru, saya merayu jangan disebabkan oleh satu kes, ia boleh merosakkan nama Kuala Lumpur,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, tular satu hantaran dalam platform X daripada pempengaruh filem pornografi, Rae Lil Black, yang mendakwa dia diekori dan dicabuli ketika bersiar-siar di Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran itu juga, dia menganggap Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar yang tidak selamat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya