Empat calon dari Negeri Sembilan rebut jawatan MPT Bersatu

Pemilihan Bersatu: Empat calon dari Negeri Sembilan rebut jawatan MPT

MOHAMAD Hanifah Abu Baker (baris depan, tiga dari kiri) bersama kepemimpinan Bersatu Negeri Sembilan pada sidang akhbar di Seremban, hari ini.-UTUSAN /NUR SHARIEZA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker merupakan empat calon dari negeri ini yang akan bertanding bagi jawatan peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada pemilihan parti berkenaan bagi 2024-2027.

Selain Mohamad Hanifah yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan,  tiga lagi calon ialah Ketua Armada Negeri Sembilan, Danni Rais, Timbalan Ketua Cawangan Bersatu Telok Kemang, Badrul Hisham Shaharin dan Ketua Cawangan Bersatu Ampangan, Aslam Nawabdin.

Sementara itu, Ketua Bersekutu Bersatu Bahagian Jempol, R. Sri Sanjeevan akan bertanding bagi jawatan Naib Ketua Sayap Bersekutu Malaysia dan Datuk G. Kumar bagi Jawatankuasa Sayap Bersekutu Malaysia. 

Bagi merebut Jawatankuasa Armada Malaysia pula, empat calon dari Negeri Sembilan ditampilkan diikuti dua calon untuk jawatankuasa Srikandi Malaysia dan tiga calon dari Negeri Sembilan untuk Jawatankuasa Srikandi Muda Malaysia.

Mohamad Hanifah pada sidang akhbar di sini memberitahu, bagi pertandingan peringkat Jawatankuasa Bahagian Penggal 2024-2027 ini, terdapat tujuh daripada lapan bahagian di negeri ini layak bertanding hasil pemakluman Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).

“Satu bahagian tidak layak bertanding adalah Bahagian Tampin disebabkan atas faktor fasa-fasa perlembangan parti Bersatu yang tidak disempurnakan dengan baik. 

“Daripada tujuh bahagian yang layak bertanding, terdapat empat bahagian tiada pertandingan untuk kesemua jawatan di peringkat bahagian termasuk di peringkat Armada, Srikandi, Srikandi Muda iaitu Bahagian Rasah, Rembau, Jelebu dan Jempol. Bagaimanapun pengisytiharan rasmi hanya akan dibuat selepas Persidangan Bahagian-Bahagian selesai pada 2 November depan,” katanya.

Mohamad Hanifah yang merupakan Ketua Bersatu Rasah dalam pada itu berkata, pemilihan kali kedua ini memperlihatkan Bersatu kini lebih matang dalam memasuki tahun kelapan usia penubuhannya,

“Saya percaya dalam tempoh pemilihan ada beberapa bahagian secara demokrasi telah berbincang dengan baik dan sempurna sehingga tiada pertandingan dalam pemilihan kali ini. 

“Bukan bermakna tidak kuat tetapi ahli lebih mementingkan kepentingan Bersatu supaya nampak kuat di beberapa bahagian dan tempat yang ada pertandingan juga adalah satu demokrasi yang sangat baik dalam parti memandangkan bahagian tersebut mempunyai bilangan cawangan yang cukup baik,” katanya lagi.

Beliau juga yakin selepas pemilihan ini, Bersatu Negeri Sembilan akan ke arah lebih baik terutama bagi menempuh pilihan raya umum akan datang.

“Sehubungan itu, kami mengambil ketegasan bahawa setiap bahagian harus menumpukan penubuhan cawangan yang lebih banyak. Ini dibuktikan selepas pilihan rata lalu terdapat penambahan di mana satu bahagian telah menubuhkan sekurang-kurangnya 20 cawangan dan itu petanda cukup baik dalam tempoh kita sebagai parti pihak pembangkang, “katanya lagi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya