Pembinaan fasiliti SUKMA di Kelantan lancar-KBS

Pembinaan fasiliti SUKMA di Kelantan lancar-KBS

ADAM Adli Abd. Halim (dua kiri) beramah mesra dengan orang ramai yang menjayakan  Sambutan Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Negeri Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengesahkan pembinaan pembinaan fasiliti sukan untuk temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2028 di negeri ini berjalan lancar.

Timbalan Menteri Adam Adli Abd. Halim berkata, KBS sentiasa menjalankan pemantauan bagi mendapatkan perkembangan terkini berkaitan projek berkenaan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Tujuannya, kita mahu memastikan pembinaan fasiliti itu siap sebelum berlangsungnya temasya itu. 

“Perjalanan untuk projek pembinaan Kompleks Sukan Bukit Merbau di Pasir Puteh yang menelan belanja RM180 juta kini sudah mencapai 25 peratus begitu juga stadium” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Negeri Kelantan di sini hari ini.

Adam Adli memberitahu, dengan adanya kemudahan itu nanti membolehkan rakyat dapat menikmati fasiliti sukan lebih baik berbanding sebelum ini.

Katanya, ia juga boleh menjadi pemangkin semangat buat atlet Kelantan untuk mencipta nama pada masa akan datang.

“Selain daripada fokus terhadap pembangunan sukan teras, KBS turut memberikan perhatian kepada aspek pembangunan bakat dalam pelbagai sukan lain yang sedang berkembang, misalnya sukan berkuda.

“Difahamkan Kelantan sendiri mempunyai ramai bakat luar biasa dalam sukan berkuda,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya