SEOUL: Polis Korea Selatan menahan seorang pembelot Korea Utara yang cuba menyeberangi sempadan untuk kembali ke Pyongyang dengan menggunakan bas yang dicuri. Lelaki terbabit ditangkap pada Selasa di Jambatan Penyatuan yang memisahkan dua Korea, tanpa mempedulikan arahan tentera untuk berhentikan bas dan bertindak merempuh penghadang. Menurut media Korea Selatan, lelaki berusia 30-an itu memberitahu polis bahawa dia ingin pulang ke Utara setelah mengalami kesukaran hidup di negara itu. Difahamkan, dia meninggalkan Korea Utara kira-kira sedekad lalu. Lelaki itu dilaporkan mencuri bas pada Selasa dari sebuah garaj di bandar utara Paju…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya