Pelepah kelapa penghadang angin Monsun Timur Laut

Pelepah kelapa penghadang angin Monsun Timur Laut

MUSA Muda membina penghadang angin mengguna pelepah kelapa untuk mengurangkan kerosakan rumahnya akibat tiupan angin kencang pada musim Monsun Timur Laut di Kampung Jambu Bongkok, Marang, semalam. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Penduduk yang tinggal berdekatan pantai di Kampung Jambu Bongkok di sini, akan mencari pelepah kelapa untuk dijadikan penghadang angin bagi melindungi rumah mereka daripada tiupan angin kencang pada Monsun Timur Laut (MTL) tidak lama lagi.

Seorang penduduk yang juga orang kurang upaya (OKU), Musa Muda, 55, berkata, ka­edah itu sudah lama digunakan oleh generasi zaman dahulu untuk meminimumkan kerosakan rumah akibat tiupan angin kencang setiap kali tiba musim MTL.

Lelaki warga emas itu berkata, dia mencari pelepah kelapa di tepi pantai berdekatan rumahnya dan dikumpul untuk membina penghadang tersebut.

“Saya bekerja di kebun tembikai pada sebelah pagi dan selepas pulang, dia akan berehat sebentar sebelum keluar ke tepi pantai untuk mengumpulkan pelepah kelapa.

“Selepas itu, saya akan menyusun pelepah kelapa itu secara menegak untuk dijadikan ‘din­ding’ penghadang angin berdekatan rumah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Selain itu, Musa berkata, dia akan membuang pelepah kelapa yang telah digunakan itu selepas tengkujuh berakhir sekitar Februari atau Mac.

“Itulah rutin saya setiap tahun, saya akan mencari pelepah kelapa untuk dijadikan penghadang pada musim tengkujuh,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, pem­­binaan penghadang angin daripada pelepah kelapa semakin kurang kerana kebanyakan rumah diperbuat daripada bata.

Selain itu, tambahnya, penghadang angin tersebut juga menjadi tumpuan orang ramai untuk bergambar kerana ia ha­nya dibina pada musim monsun.

“Tak sangka pula, ramai yang datang ambil gambar mungkin kerana penghadang angin itu nampak unik dan dibina cara tradisional,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya