Pelan Pemerkasaan Kolej Komuniti perkasa TVET

Pelan Pemerkasaan Politeknik dan Kolej Komuniti perkasa TVET

MUHAMMAD RUMZI Mamat (empat dari kiri) dan Ulaimi Yahya bersama-sama empat graduan yang menerima Anugerah Projek Terbaik Jabatan Kejuruteraan Mekanikal pada Majlis Konvokesyen PIS Ke-29 di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil, Pasir Gudang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti telah merancang Pelan Pemerkasaan Politeknik dan Kolej Komuniti 2024-2035 dalam usaha memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) jabatan berkenan, Muhammad Rumzi Mamat berkata, antara agenda pembaharuan kritikal yang dirangka adalah penubuhan Politeknik Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX).

Selain itu, katanya, ia turut menumpukan bagi memperluaskan akses, pengukuhan sinergi antara politeknik dan industri, pemerkasaan Program Sepanjang Hayat dan pembangunan POLYCC-digital.

“Jabatan turut membina jaringan kukuh dengan lima rangkaian Universiti-universiti Teknikal Malaysia (MTUN) dalam merealisasikan dan menjayakan agenda TVET kementerian.

“Lima universiti itu adalah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Pahang (UMPSA) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL),” katanya pada Majlis Konvokesyen Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) Ke-29, di sini semalam yang turut dihadiri ialah Pengarah PIS, Ulaimi Yahya.

Muhammad Rumzi berkata, konsep ‘TVET for All’ akan terus direncanakan secara radikal dan kolektif dalam ekosistem TVET Malaysia.

“Dengan kekuatan 36 buah politeknik dan 106 kolej komuniti, tenaga kerja hampir 15,000 orang dan enrolmen pelajar semasa kira-kira 100,000 orang, ia merupakan satu amanah yang besar.

“Oleh itu, semua program pengajian yang ditawarkan mendapat akreditasi dan pengiktirafan daripada badan profesional seperti Malaysian Qualifications Agency (MQA), Malaysia of Technologists (MBOT) dan beberapa agensi pengiktirafan lain,” katanya.

Seramai 1,027 graduan PIS menerima sijil, diploma dan ijazah sarjana muda masing-masing dalam majlis konvokesyen selama dua hari itu.

Graduan berkenaan terdiri daripada 281 graduan daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), 353 graduan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), masing-masing 129 dan 264 graduan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) serta Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya