Pelajar universiti terpedaya skim cepat kaya - Utusan Malaysia

Pelajar universiti terpedaya skim cepat kaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Hasrat seorang pelajar universiti tempatan untuk memperoleh keuntungan hasil wang yang dilaburkan lebur selepas terpedaya dengan sindiket skim cepat kaya di aplikasi Tik Tok.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mangsa iaitu wanita berusia 23 tahun telah menyertai pelaburan tidak wujud berkenaan yang diiklankan di aplikasi tersebut kira-kira pukul 5.17 petang pada 6 Oktober lalu.

Menurutnya, mangsa yang ketika itu berada di rumah Bandar Baharu Serting telah berhubung semula semalam dengan ejen syarikat tersebut yang mendakwa pelaburan tersebut merupakan patuh syariah.

“Mangsa telah memberikan maklumat peribadinya kepada pengurus dan melakukan pembayaran modal kali pertama sebanyak RM200 dan dijanjikan akan mendapat pulangan RM7,000 dalam masa tiga jam.

“Setelah bersetuju dengan pelbagai syarat yang diberikan, mangsa telah membuat tiga kali transaksi ke akaun yang diberikan dan telah mengalami kerugian sebanyak RM4,450,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Chang Hook lagi, mangsa diperdaya untuk membuat transaksi berkenaan bagi duit cukai pembahagian, pengesahan proses profit masuk ke dalam akaun bank mangsa sendiri dan masih lagi diminta membuat pembayaran untuk lain-lain proses.

“Mangsa mula mengesyaki telah ditipu dan cuba untuk meminta semula wang yang telah dibayar, namun dimaklumkan sekiranya ingin membatalkan semula pelaburan, mangsa dikenakan bayaran untuk pembatalan sebanyak RM3,600. 

“Mangsa akhirnya membuat laporan di Balai Polis Bandar Seri Jempol, malam semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 kerana penipuan,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya