Pekerja asing wajib mencarum KWSP, lebih 2 juta dapat manfaat

Pekerja asing wajib mencarum KWSP, lebih 2 juta dapat manfaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dasar baharu yang mewajibkan semua pekerja bukan warganegara untuk mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka memberi manfaat kepada lebih dua juta pekerja asing di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, liputan mandatori KWSP kepada pekerja bukan warganegara sejajar dengan usaha pihaknya untuk memastikan semua pekerja tanpa mengira kewarganegaraan agar mempunyai akses kepada perlindungan sosial.

Katanya, KWSP akan memberikan maklumat lanjut mengenai butiran kadar caruman, golongan sasar utama dan mekanisme pelaksanaan dasar pada masa sesuai berhubung mekanisme tersebut.

Pada masa ini, katanya, pekerja bukan warganegara boleh memilih untuk menyumbang kepada KWSP secara sukarela.

“Inisiatif ini akan meningkatkan keadilan dalam pasaran buruh dengan memastikan perlindungan sosial untuk semua pekerja tanpa mengira kewarganegaraan selaras dengan piawaian antarabangsa,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kerajaan dalam Belanjawan 2025 mencadangkan mewajibkan semua pekerja bukan warganegara untuk mencarum KWSP dengan ia akan dilaksanakan secara berfasa.

Sehingga 15 Mac lalu, berlandaskan kepada rekod Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), jumlah pekerja asing yang bekerja dalam negara adalah seramai 2,171,798 orang.

Sementara itu, KWSP juga sedang mengkaji semula skimnya bagi memperkukuh pendekatan pemindahan antara generasi iaitu sebahagian simpanan ahli boleh dipindahkan terus ke dalam akaun KWSP ahli keluarga terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya