Pegawai imigresen mengaku tak bersalah terima rasuah lebih RM55,000

Pegawai imigresen mengaku tak bersalah terima rasuah lebih RM55,000

MOHD. EDISAHRIL Mohd. Noor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas 10 pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM55,150 antara November tahun lalu hingga Februari lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini terhadap 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM55,150 antara November tahun lalu hingga Februari tahun ini.

Tertuduh, Mohd. Edisahril Mohd. Noor, 41, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Berdasarkan semua pertuduhan, dia didakwa  menerima suapan antara RM3,000 hingga RM10,000 daripada seorang lelaki yang dimasukkan ke akaun syarikat milik isterinya berjumlah RM55,150 di sebuah bank di Bandar Baru Uda, di sini antara 4 November 2023 hingga 23 Februari lalu.

Wang itu sebagai upah kepada tertuduh kerana telah memudahkan kemasukan warga Indonesia ke Malaysia tanpa perlu mematuhi syarat ditetapkan Akta Imigresen 1959.

Bapa kepada tiga orang anak itu didakwa di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding sama, tertuduh yang merupakan Pegawai Imigresen Gred KP22 dan bertugas di Pejabat Imigresen Bangunan Sultan Iskandar (BSI) turut mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan pilihan, iaitu menerima semua wang suapan itu di lokasi dan tarikh yang sama.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya