PDRM bekerjasama dengan kerajaan pastikan ideologi GISBH tidak hidup semula - Utusan Malaysia

PDRM bekerjasama dengan kerajaan pastikan ideologi GISBH tidak hidup semula

Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa agama dan agensi berkaitan bagi memastikan ideologi Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) tidak dihidupkan semula.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah ( JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, perbincangan dan kerjasama tersebut akan menyediakan cadangan kepada kerajaan untuk tindakan lanjut.

“Perbincangan itu bukan sahaja berkaitan kefahaman dan ideologi tetapi dari segi sosio sosio ekomoni kerana mereka mempunyai sosio budaya serta ekonomi sendiri.

“Dalam konteks ini kita serahkan kepada kerajaan dengan syor diberikan berkaitan keperluan pendekatan pemulihan holistik, tidak hanya kepada kefahaman,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Shuhaily berkata, siasatan berhubung GISBH menjadi keutamaan JSJ sejak sebulan lalu dengan membabitkan hampir keseluruhan kekuatan jabatannya.

Jelas beliau, melalui siasatan dilakukan itu, pasukan siasatan kini diperkecilkan kerana pelbagai kes lain perlu diberi perhatian.

“Saya telah berbincang dengan pegawai-pegawai, kita perlu percepatkan kerana banyak lagi keutamaan lain.

“Sekiranya semua jalan lancar dan baik dan ada tangkapan susulan daripada hasil soal siasat dan membawa kepada pendakwaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya