Pasangan kekasih ditangkap edar dadah

Pasangan kekasih ditangkap edar dadah

SUSPEK lelaki dan wanita yang dipercayai pasangan kekasih terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah di Pusat Perdagangan Pontian atau Tambak, Pontian pada 1 Oktober lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah ( BSJND ) Pontian mencapai kejayaan kedua terbesar tahun ini dengan merampas dadah jenis syabu seberat RM5,175 gram bernilai RM179.25,00.

Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, kejayaan tersebut ekoran tangkapan ke atas sepasang kekasih di Pusat Perdagangan Pontian atau tambak pada 1 Oktober lalu.

Katanya, pasangan tersebut masing-masing berusia 26 dan 36 tahun ditahan dalam dua lokasi berasingan, lelaki di dalam kereta, manakala teman wanitanya di tepi jalan pada kira-kira pukul 12.45 malam.

DADAH jenis syabu yang berjaya dirampas dari sepasang kekasih.

“Dadah jenis syabu yang dirampas itu dianggarkan boleh digunakan seramai 25,875 orang penagih,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohammad Shofee, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis ‘methamphetamine’.

“Hasil semakan rekod lampau, kedua-dua suspek mempunyai dua rekod jenayah melibatkan kes dadah,” ujarnya.

Katanya, suspek telah ditahan reman di bawah Seksyen 117 KPJ selama seminggu bermula  1 Oktober sehingga 7 Oktober bagi sisatan lanjut.

“Suspek akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan,” jelas beliau.

Mohammad Shofee berkata, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Johor, khususnya Polis Daerah Pontian berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti salah yang berlaku di sekeliling mereka.

Sebarang maklumat boleh disalurkan melalui  hotline JSNJ ditalian 012-2087222 atau hotline IPD Pontian 07-6869999. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya