Pasangan kekasih antara tiga dalang sindiket dadah ditahan, rampasan bernilai RM1.45 juta - Utusan Malaysia

Pasangan kekasih antara tiga dalang sindiket dadah ditahan, rampasan bernilai RM1.45 juta

RAUB Selamat menunjukkan antara dadah yang dirampas daripada sindiket, termasuk pasangan kekasih yang aktif sejak Ogos lalu dalam sidang akhbar di IPD Johor Bahru Selatan, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sepasang kekasih antara tiga yang ditahan dalam empat serbuan di bandar raya ini kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah dengan rampasan lebih RM1.45 juta.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kesemua suspek yang berusia antara 26 hingga 35 tahun ditahan pada 28 September lalu.

“Sindiket ini dipercayai aktif sejak Ogos lalu. Modus operandi adalah menjadikan pangsapuri dan rumah teres dua tingkat sebagai tempat pembungkusan dan penyimpanan dadah sebelum diedar ke pasaran tempatan.

“Mereka mengisi dadah dalam paket minuman segera yang dijual dengan harga antara RM200 hingga RM300 satu paket,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, di sini hari ini.

Raub berkata, antara yang dirampas dalam serbuan itu adalah 8,621.40 gram serbuk ekstasi, 164 gram ketamin, 15.80 gram pil eramin 5 dan lima gram syabu yang semuanya bernilai lebih RM1.45 juta.

“Jumlah dadah ini boleh digunakan seramai 9,560 penagih. Selain itu, polis turut menyita wang tunai RM385, dua utas gelang tangan, seutas rantai leher dan sepasang subang selain alat penimbang digital, alat pengisar dan satu anak kunci rumah.

“Ujian saringan air kencing mendapati dua suspek lelaki positif dadah amphetamine. Selain itu, dua daripada mereka termasuk seorang wanita juga mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah,” jelasnya.

Kesemua suspek kini direman selama 13 hari hingga 11 Oktober ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya