Pandangan PMKS dikira sebelum kuat kuasa gaji minimum baharu

Pandangan PMKS diambil kira sebelum kuat kuasa gaji minimum baharu

Gaji minimum
RAMANAN Ramakrishnan bersama Mohd. Najwan Halimi menyertai sesi lelongan barangan Jualan Madani pada program SDSI Wilayah Tengah di Shah Alam, Selangor hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelbagai maklumat serta pandangan diperolehi termasuk menerusi pertemuan dengan pemain-pemain industri dan masyarakat sebelum kerajaan memutuskan untuk menaikkan kadar gaji minimum RM1,700 dalam pembentangan Belanjawan Madani 2025, pada 18 Oktober lalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, sudah penelitian dan kajian dari pelbagai aspek diambil kira oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menguatkuasakannya pada 1 Februari depan.

“Jadi saya rasa Perdana Menteri percaya banyak syarikat mampu menaikkan gaji minimum pekerja mereka daripada RM1,500 ke RM1,700 sebulan mulai tahun hadapan,” katanya ketika ditemui pemberita pada program Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Wilayah Tengah, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan belanjawan di Dewan Rakyat mengumumkan kenaikan kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700.

Bagaimanapun, beberapa persatuan peniaga serta syarikat dalam Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) memohon pelaksanaan dasar itu tidak dikenakan kepada mereka disebabkan peningkatan kos operasi yang ditanggung mereka ketika ini.

Sementara itu, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd. Najwan Halimi memberitahu, Kerajaan Selangor menyokong pengumuman tersebut apabila melihat perlunya peningkatan gaji minimum itu bagi pekerja menghadapi kenaikan kos sara hidup.

Menurutnya, namun kerajaan negeri prihatin dan bersedia membantu syarikat PMKS di negeri ini yang tidak mampu melaksanakan dasar berkenaan.

“Kerajaan negeri bersedia menjadi orang tengah kepada syarikat ini dengan pihak kerajaan bagi melakukan perbincangan berhubung dasar ini.

“Saya akan maklumkan hal ini kepada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari sekiranya kita (kerajaan Selangor) boleh bantu syarikat ini laksanakan dasar gaji minimum,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya