Pahang mula banjir, lima PPS dibuka di Mentakab, Lanchang - Utusan Malaysia

Pahang mula banjir, lima PPS dibuka di Mentakab, Lanchang

SEBUAH keluarga mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Lanchang di Temerloh, Pahang. - FOTO/JPBD TEMERLOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Temerloh daerah pertama di Pahang dilanda banjir apabila 195 mangsa daripada 54 buah keluarga di Lanchang dan Mentakab di sini dipindahkan ke lima buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sehingga pukul 11 pagi hari ini.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, di Lanchang, PPS dibuka semalam di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan membabitkan 110 mangsa daripda 32 keluarga, PPS Sekolah Kebangsaan (SK)! Lanchang (36 mangsa, 12 keluarga) dan PPS Balai Raya Mempateh seramai 30 orang mangsa (enam keluarga).

“Dua lagi PPS dibuka hari ini di Mentakab, iaitu Masjid Kampung Bongsu menempatkan seramai 19 orang mangsa (empat keluarga) dan SK Desa Bakti (tidak dinyatakan jumlah mangsa),” lapor portal tersebut.

Portal tersebut melaporkan, mangsa yang dipindahkan ke lima buah PPS iaitu seramai 78 orang lelaki, wanita (53 orang), kanak-kanak lelaki (26 orang), kanak-kanak perempuan (33 orang), manakala bayi lelaki (dua orang) dan bayi perempuan (tiga orang).

Sementara itu, laman sesawang info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan, Sungai Semantan di Jambatan Keretapi Mentakab, Temerloh mencatat paras kenaikan 35.42 meter, berbanding sebelum ini 33.5 meter. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN