Pahang fatwa GISBH sesat - Utusan Malaysia

Pahang fatwa GISBH sesat

ASMADI MOHAMED NAIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang memutuskan bahawa pengikut-pengikut Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH), sama ada pekerja yang beragama Islam ataupun mana mana orang Islam adalah menyeleweng dan sesat.

Keputusan tersebut dibuat setelah diperkenankan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mufti Pahang, Profesor Datuk Dr. Asmadi Mohamed Naim berkata, jawatankuasa itu yang bersidang pada mesyuarat khas
pada 2 Oktober lalu memutuskan pengikut GISBH sesat apabila meneruskan kepercayaan dan amalan dalam Aurad Muhammadiah yang dibawa oleh al-Arqam yang sudah diwartakan sesat dan menyeleweng pada 1994.

“Pengikut GISBH juga mempercayai bahawa Ashaari Muhammad yang meninggal dunia
pada 2010 tidak mati sebaliknya ghaib.

“Keputusan ini meliputi apa-apa versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran-ajaran tersebut di atas dan termasuk apa-apa pegangan, ideologi, falsafah, atau mana-mana kumpulan yang telah wujud atau akan diwujudkan,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Asmadi berkata, sistem ekonomi yang dibangunkan oleh pengikut GISBH tidak diiktiraf sebagai ekonomi Islam dan tidak menepati syarak.

“Semua pihak berkuasa seperti Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang
(Muip), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) dan lain-lain hendaklah berkerjasama bagi merangka dan melaksanakan pemulihan serta pemantauan kepada pengikut-pengikut GISBH,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN