Orang kaya jarang guna khidmat kesihatan awam – MMA

Orang kaya jarang guna khidmat kesihatan awam – MMA

HKL
Orang kaya jarang guna perkhidmatan di hospital kerajaan. - MMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) terkejut dengan cadangan kerajaan untuk melaksanakan penyasaran subsidi bagi penjagaan kesihatan di hospital kerajaan.

Presidennya, Datuk Dr. Kalwinder Singh Khaira berkata, ini kerana kalangan orang kaya atau T15 yang mendapatkan perkhidmatan di fasiliti kerajaan hanya melibat peratusan kecil.

Menurut beliau, majoriti golongan tersebut lebih cende­rung mendapatkan rawa­tan di kemudahan penjagaan kesihatan swasta kerana mereka mampu bayar asalkan perkhid­matan yang diperlukan cepat selain lebih selesa.

“Justeru, rancangan kerajaan untuk menyasarkan subsidi bagi penjagaan kesihatan di hospital kerajaan yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 dilihat agak mengejutkan.

“Jadi, langkah tersebut kurang relevan bagi golongan T15 yang kebiasaannya mendapatkan rawatan daripada sektor swasta,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu, Perdana Menteri dilaporkan berkata, penyasaran subsidi akan turut melibatkan kesihatan awam, yang mana golongan berpendapatan tinggi wajar menyumbang kepada perkhidmatan kesihatan di hospital kerajaan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penjimatan diraih dapat dimanfaat untuk membiayai peranti perubatan untuk pesakit miskin dan menaik taraf peralatan hospital dan klinik awam.

Sementara itu, Kalwinder Singh berkata, MMA kesal apabila Belanjawan 2025 tidak memfokuskan isu pembangunan sumber manusia kakita­ngan perubatan.

Menurut beliau, meskipun pihaknya sentiasa memberikan maklum balas dan cadangan mengenai isu tersebut, ia belum diberi perhatian sewajarnya.

Katanya, kerajaan perlu memberikan penjelasan terperinci mengenai pendekatan baharu yang bakal diperkenalkan.

“Walaupun terdapat rancangan baik untuk pengembangan perkhidmatan dan peningkatan infrastruktur namun kami merasakan perhatian terhadap pembangunan sumber manusia kakitangan penjagaan kesihatan masih kurang.

“Penjelasan diperlukan mengenai rancangan kerajaan untuk memperkenalkan sistem kerja baharu dengan cara yang disasarkan,” katanya.

Mengulas mengenai kenaikan elaun on call, beliau berkata, tiada penjelasan diberikan mengenai kelayakan penerima kenaikan dan jenis kemudahan kesihatan.

Katanya, jumlah kenaikan yang diberikan juga tidak sepadan dengan permintaan agar ia diselaraskan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh doktor 24 jam.

“Kenaikan pangkat, jawatan tetap, latihan, perkembangan kerjaya dan kesejahteraan mental juga perkara penting yang sering dibangkitkan oleh MMA.

“Ia perlu diberi perhatian untuk mengekalkan doktor di Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menjalankan perkhidmatan dan pelan pengembangan yang dirancang oleh kerajaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya