'Orang kanan' Suu Kyi meninggal dunia akibat leukemia

‘Orang kanan’ Suu Kyi meninggal dunia akibat leukemia

PEMIMPIN kanan NLD, Zaw Myint Maung (kanan) mengiringi Aung San Suu Kyi semasa ketibaannya di Parlimen di Naypyidaw pada 1 Mac 2016.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Sekutu rapat pemimpin demokrasi Myanmar yang ditahan, Aung San Suu Kyi, meninggal dunia akibat leukemia hari ini, lapor AFP.

Zaw Myint Maung, 72, disahkan menghembuskan nafas terakhir beberapa hari selepas dibebaskan daripada tahanan junta atas alasan kesihatan.

“Kami mendapat pengesahan mengenai kematiannya. Ini adalah kehilangan besar bagi kami kerana beliau adalah salah seorang Naib Pengerusi Parti Liga Kebangsaan untuk Demokrasi (NLD).

“Walaupun kami bersedia untuk kehilangan beliau suatu hari nanti, kami tetap sedih dengan kehilangan ini. Kami akan terus berjuang untuk demokrasi bersama pemimpin yang masih ada,” kata sumber kanan parti kepada AFP.

Beliau yang menghabiskan sekitar dua dekad di penjara kerana menentang tentera Myanmar, merupakan orang kepercayaan rapat Suu Kyi dan pemimpin kanan NLD.

Myint Maung ditangkap bersama pemimpin NLD lain selepas rampasan kuasa tentera pada 2021 dan dipenjarakan kerana tuduhan rasuah.

Baru-baru ini, beliau dibebaskan atas faktor kesihatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya