Orang Asli di Gua Musang perlukan kemudahan mesin ATM, CDM

Orang Asli di Gua Musang perlukan kemudahan mesin ATM, CDM

PENDUDUK Orang Asli di RPS Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan berharap kerajaan dapat menyediakan kemudahan ATM dan CDM berhampiran penempatan mereka. – UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Masyarakat Orang Asli di jajahan ini mendedahkan mereka perlu kemudahan mesin juruwang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) bagi memudahkan urusan mereka.

Dakwa mereka, setiap kali mahu menggunakan kemudahan itu mereka terpaksa menunggang motosikal sejauh 70 kilometer untuk bandar Gua Musang bagi urusan perbankan.

Seorang penduduk dari Kampung Merlong, Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis, Siti Nornadia Kamarzaman, 37, berkata, setiap kali melakukan urusan perbankan dia terpaksa mengambil masa 40 minit untuk ke bandar Gua Musang.

“Setiap kali mahu mengambil wang, kami perlu keluar ke bandar. Untuk urusan itu, kami perlu membawa tambang kereta atau kenderaan sekitar RM50.

“Situasi ini amat perit untuk dilalui oleh kami disini yang rata-rata merupakan golongan berpendapatan rendah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Norasyikin Uda, 46, pula memberitahu, penduduk terpaksa membayar kos tambahan yang agak tinggi setiap kali melakukan urusan perbankan.

Katanya, kebanyakan penduduk tidak mempunyai kenderaan dan jumlah yang dibayar untuk urusan itu boleh menampung kehidupan harian mereka.

“Saya berharap pihak kerajaan atau wakil rakyat dapat merealisasikan harapan kami dengan mewujudkan mesin ATM di kawasan penempatan Orang Asli,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim mengambil maklum ketiadaan ATM di kawasan penempatan Orang Asli telah menyukarkan urusan harian penduduk sejak sekian lama.

Katanya, beliau sedang berusaha mesin ATM untuk penduduk di kawasan RPS Kuala Betis dan Tanah Tinggi Lojing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya