Op Tiru: KPDN Negeri Sembilan rampas 193 unit bateri telefon tiruan - Utusan Malaysia

Op Tiru: KPDN Negeri Sembilan rampas 193 unit bateri telefon tiruan

PEGAWAI penguat kuasa KPDN Negeri Sembilan menjalankan pemeriksaan dalam serbuan ke atas sebuah premis perniagaan di Seremban 2 dalam Op Tiru yang dijalankan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 193 unit bateri telefon tiruan bernilai RM5,640 yang disimpan dalam stor sebuah premis perniagaan di Seremban 2 di sini dirampas pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan menerusi Op Tiru yang dijalankan semalam. 

Pengarah KPDN Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, serbuan itu dilakukan hasil dari pengaduan yang diterima oleh wakil pemilik cap dagangan serta risikan yang telah dibuat selama seminggu. 

“Hasil daripada pemeriksaan, empat anggota penguatkuasa itu berjaya mengesan premis perniagaan itu dan mendapati premis terbabit melakukan kesalahan di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 kerana mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalan bagi maksud perdagangan aksesori telefon berjenama Samsung dan Huawei dipakaikan dengan salah di bawah Seksyen 100 Akta yang sama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Muhammad Zahir berkata, pihak sentiasa komited dan akan meneruskan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan yang berkaitan bagi mempergiat serta mempertingkatkan kawal seliaan dan operasi ke atas perdagangan apa-apa barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah di bawah seksyen 100 Akta Cap Dagangan 2019. 

“Pada masa yang sama KPDN juga tidak akan berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah KPDN, bagi memastikan barang-barang yang dibekalkan kepada pengguna adalah barangan yang tulen dan tidak memudaratkan pengguna serta boleh menyebabkan kerugian besar kepada industri, rakyat dan negara ini dapat dibanteras sehingga ke akar umbi,” katanya lagi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya