Enam ditahan cubaan lombong REE, emas secara haram di Taman Negara Kelantan

Enam ditahan cubaan lombong REE, emas secara haram di Taman Negara Kelantan

ABDUL KADIR Abu Hashim (tengah), Razaruddin Husain (kiri) dan Ribuan Husain melakukan gimik perasmian mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah di Taman Negara Kuala Tahan di Jerantut, Pahang - FOTO/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Jabatan Perlindungan Hidupan dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya menghalang cubaan melombong unsur nadir bumi (REE) dan emas secara haram berhampiran Taman Negara Kelantan pada Jun lalu.

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, enam individu ditahan terdiri daripada tiga lelaki warganegara Myanmar, satu lelaki warganegara Thailand dan dua lelaki warganegara tempatan.

Menurutnya, turut dirampas jentera dan peralatan melombong dianggarkan bernilai kira-kira RM700,000 yang digunakan dalam kegiatan berkenaan.

“OBK kini lebih menyeluruhkan membabitkan operasi kegiatan melombong REE secara haram di beberapa negeri,” katanyanya kepada pemberita selepas mesyuarat OBK yang dihadiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin Husain dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Ribuan Abdullah di Mutiara Resort Taman Negara Kuala Tahan di sini hari ini.

Abdul Kadir berkata, OBK berjaya menangkap 628 pesalah dan membuka 394 kertas siasatan. melibatkan 470 warga tempatan dan 158 orang warga asing dengan nilai sitaan mencecah RM256.3 juta sejak lima tahun operasi tersebut diadakan.

Beliau berkata, pada tahun ini sahaja, sehingga bulan September lalu, 240 kertas siasatan dibuka dan nilai sitaan mencatatkan RM122.5 juta melibatkan tangkapan 170 orang warganegara tempatan dan 51 orang pesalah warga asing.

Katanya, OBK yang membabitkan kepakaran tiga agensi penguatkuasa iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perhilitan dan JKDM yang  dilaksanakan sejak September 2019 sehingga 2023 terus mencatatkan kejayaan dalam membanteras jenayah alam sekitar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN