Dadah NPS sukar dikesan

Dadah NPS sukar dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dadah jenis bahan psikoaktif baharu (NPS) yang kini menjadi kegilaan pelajar dan belia membimbangkan kerana pengambilnya tidak boleh dikesan menerusi ujian air kencing.

Setiausaha Agung Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC), Raja Azizan Suhaimi Raja Abdul Latiff berkata, terdapat lebih 800 jenis bahan terlarang dijadualkan di dalam NPS termasuk ‘vape mushroom’.

Menurut beliau, semua bahan terlarang itu tidak boleh dikesan menerusi ujian air kencing menyebabkan polis hanya mampu mengambil tindakan terhadap penjual dan pengedar.

“Akta Penagih Dadah Pindaan 2024 sudah bertepatan keperluan rawatan dan pemulihan pada zaman sekarang. Namun kerajaan perlu mengkaji semula senarai dadah baharu termasuk ‘vape mushroom’ yang mengandungi dadah sintetik berbahaya yang kini digunakan oleh remaja dan belia,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, Pusat Racun Negara (PRN) dalam kenyataan memberitahu, pihaknya telah melakukan kajian terhadap beberapa sampel cecair rokok elektronik yang didakwa mengandungi dadah jenis psilosibin.

“Ini menunjukkan rokok elektronik sangat mudah dimanipulasi dan penggunaan tanpa kawalan boleh menjurus kepada penyalahgunaan dadah berbahaya termasuklah dadah sintetik baharu seperti ketamin, phencyclidine dan dadah-dadah jenis amphetamine,” kata kenyataan itu.

Mengulas lanjut, Raja Azizan berkata, rokok elektronik yang boleh dimanipulasi dengan mudah selain senang dibeli menyebabkan golongan pelajar dan penuntut kolej ramai terjebak.

“Dalam tinjauan MASAC terdahulu, golongan terbabit banyak membeli dadah berkenaan melalui tempahan di telefon sebelum mengambilnya dengan duduk di restoran-restoran mamak berdekatan penempatan mereka.

“Kemudian mereka ber­kongsi bersama rakan-rakan lain. Dadah dalam bentuk cecair itu boleh dibeli dengan harga RM10 untuk dua ke tiga titik,” katanya.

Menurutnya, punca kepada penggunaan dadah jenis NPS tersebut adalah bermula daripada rokok elektronik dan berharap kerajaan mengenakan cukai terhadap barangan itu agar ia tidak disalahgunakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya