Nikmati golf, percutian sempurna di Villea Rompin

Nikmati golf, percutian sempurna di Villea Rompin

VILLEA Rompin Resort & Golf menawarkan percutian sempurna untuk keluarga, pemain golf dan pencinta alam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TERDAPAT kira-kira 17 padang golf di Pahang dan antara yang terbaik serta semakin mendapat sambutan daripada pemain-pemain golf ketika ini ialah Villea Rompin Resort & Golf.

Terletak di sepanjang pantai Kampung Lanjut yang tenang di Kuala Rompin, Villea Rompin Resort & Golf menawarkan percutian menarik sambil bermain golf di padang golf bertaraf kejohanan.

Dengan hamparan rumput serangoon di fairway dan bermuda tifeagle di green, ditambah dengan perangkap bunker dan air, karektor setiap lubang yang berbeza panjang dan pendek jaraknya, halangan pokok hutan semula jadi yang tingginya hampir 100 meter, pasti memberi cabaran dan kepuasan kepada sesiapa sahaja yang beraksi di sini.

PARA peserta Media Golf Gateway bergambar sebelum memulakan kejohanan di Villea Rompin Resort & Golf, Rompin baru-baru ini.

Selain menawarkan padang golf yang menarik dan mencabar, Villea Rompin Resort & Golf juga menyediakan sebanyak 200 bilik penginapan dengan pemandangan pantai dan tiup bayu laut yang mempesona.

Kira-kira 50 meter dari bilik penginapan, tetamu Villea Rompin Resort & Golf boleh melakukan sebarang aktiviti di tepian pantai bersama ahli keluarga atau melayani anak-anak kecil di kolam mandi. Manakala kepada mereka yang ingin melakukan senaman, boleh ke pusat gymnasium yang terdapat di situ.

Justeru, bersesuailah jika dikatakan Villea Rompin Resort & Golf ini adalah destinasi percutian sempurna untuk keluarga, pemain golf dan pencinta alam.

Untuk menguar-uarkan semua ini, pihak Villea Rompin Resort & Golf baru-baru ini menganjurkan secara ekslusif kejohanan Media Golf Gateway yang disertai petugas-petugas media dari Utusan Malaysia, Kosmo!, The Malaysian Reserve (TMR), New Straits Times (NST), Media Prima, Utusan TV, Majoriti dan pemain-pemain media online.

RON HASNI Yusoff (empat dari kiri) bergambar bersama pemenang-pemenang kejohanan Media Golf Gateway.

Ketua Pegawai Operasinya, Ron Hasni Yusoff berkata, kejohanan itu diadakan bagi meraikan pengamal media sekali gus mempromosikan pusat percutian itu sebagai destinasi utama bagi sukan golf dengan pemandangan laut di kawasan Pantai Timur.

Katanya, Villea Rompin Resort & Golf menawarkan percutian yang tenang berlatar belakangkan keindahan alam semula jadi dan keseronokan bermain golf di padang bertaraf kejohanan.

“Kejohanan ini menyediakan suasana yang kompetitif tetapi menyeronokkan, menonjolkan padang yang dijaga rapi, yang semakin menjadi pilihan destinasi bagi pemain golf rekreasi dan kejohanan.

“Kami berbesar hati kerana dapat menjadi tuan rumah kepada sekumpulan profesional media yang berprestij. Matlamat kami adalah untuk menampilkan tawaran disediakan resort ini, yang menggabungkan keindahan, kemudahan dan layanan mesra,” katanya.

Hadir sama, Pengurus Besar Operasi AHR, Mohd. Iqmal Muslim, Pengurus Hotel, Zebby Bahrin.

Sementara itu, Mohd. Iqmal berkata, AHR mempunyai sebanyak enam buah hotel dan dua kelab golf termasuk Perdana Kuala Lumpur City Center, Perdana Kota Bharu, Espira Kinrara Puchong, Villea Morib, Port Dickson, Rompin dan Kota Seriemas, Nilai.

“Pelbagai tawaran menarik disediakan bermula dengan pakej penginapan, majlis sosial dan lain-lain.

Kejohanan itu bermula dengan sesi latihan pada Sabtu lalu sebelum diikuti dengan permainan sebenar keesokannya.

Orang ramai yang berminat untuk menginap dan bermain golf di sini boleh melayari laman web Villea Rompin Resort & Golf, sila layari www.attanahotels.com. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN