Nelayan mahu subsidi diesel kekal

Nelayan mahu subsidi diesel kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kerajaan diharap dapat memberi penumpuan terhadap nasib golongan nelayan pada Belanjawan 2025.

Langkah tersebut merupakan pemangkin kepada transformasi sektor perikanan di samping memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kehidupan golongan nelayan.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Perlis, Asri Jab berkata, golongan nelayan mengharapkan kerajaan dapat mengekalkan pemberian subsidi harga diesel RM1.65 seliter dalam belanjawan kali ini.

“Kami ada dengar ura-ura harga diesel subsidi nelayan akan dikurangkan menjadi RM1.80 seliter. Oleh itu diharap kerajaan dapat mengekalkan kadar sedia ada dalam belanjawan kali ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Dalam perkembangan sama, Asri berkata, kerajaan juga diharap dapat menambah elaun sara hidup nelayan dalam pembentangan belanjawan kali ini selaras kenaikan harga barangan semasa.

“Kalau boleh golongan nelayan mengharapkan elaun kos sara hidup itu dapat ditambah dari RM300 ke RM400 memandangkan harga peralatan dan kos keperluan semakin meningkat.

“Sebagai contoh, jika dulu harga pukat hanyalah sekitar RM17 hingga RM18, namun kini harganya tidak terkawal sehingga RM25.

“Oleh itu, selain menambah elaun sara hidup, harga bagi peralatan seperti pukat, enjin dan lain-lain juga perlu dikawal oleh kerajaan bagi memastikan kosnya tidak membebankan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN