Negeri timur India siap sedia hadapi ribut siklon Dana

Negeri timur India siap sedia hadapi ribut siklon Dana

SIKLON Dana dijangka menjadi ribut kuat dengan kelajuan angin sehingga 120 kilometer sejam.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sekolah di beberapa daerah negeri Odisha, timur India diarah tutup dan pelancong diminta mengosongkan bandar pantai popular Puri, ketika pihak berkuasa bersiap sedia menghadapi ribut siklon yang dijangka melanda akhir minggu ini.

Ribut Dana, yang kini merentasi Teluk Bengal, dijangka menjadi ribut siklon kuat dengan kelajuan angin sehingga 120 kilometer sejam dan berkemungkinan mendarat pada malam Khamis, menurut pejabat cuaca.

Sekolah di 14 daerah akan ditutup dari Rabu hingga Jumaat, manakala nelayan dinasihatkan untuk tidak turun ke laut, kata pegawai kanan Pesuruhjaya Bantuan Khas, yang mengawasi pengurusan bencana, kepada Reuters.

Pesuruhjaya itu turut meminta pelancong yang mengunjungi bandar pantai Puri untuk segera beredar, selain mengarahkan pasukan penyelamat untuk bersiap sedia.

Hujan lebat dan ribut dijangka melanda Odisha dalam tempoh tiga hari akan datang, yang berisiko merosakkan rumah, jalan raya, tanaman dan mengakibatkan banjir serta tanah runtuh.

Odisha terdedah dengan ribut siklon, namun sentiasa meningkatkan tahap kesiapsiagaan bencana bagi mengurangkan kerosakan dan angka korban.– REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya