Negara kekurangan guru kaunseling - Utusan Malaysia

Negara kekurangan guru kaunseling

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Negara masih kekurangan guru kaunseling di seluruh negara, sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah, menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Kata beliau, Kementerian Pendidikan (KPM) kini dalam proses mencukupkan jumlah guru kaunseling yang diperlukan dan memastikan sasaran nisbah seorang guru tersebut bagi 250 murid sekolah rendah serta menengah dapat direalisasikan.

“Sasaran itu belum capai lagi, tetapi kita dalam proses (mencukupkannya)… kita dapat melihat pertimbangan itu sangat baik kerana pengisian untuk guru kaunseling sentiasa mendapat perhatian daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) khususnya bagi memenuhi keperluan.

“Oleh itu kita harap dapat mencapai sasaran berkenaan supaya dapat melengkapkan ekosistem khususnya persekolahan dan memberikan perkhidmatan psikososial yang baik kepada anak-anak kita, insya Allah,” katanya semasa sidang media di Dewan Sri Cempaka, Saujana Impian, di sini selepas Program Tekad Reformasi Pendidikan.

Terdahulu, media melaporkan, KPM mensasarkan nisbah seorang guru kaunseling bagi 250 murid sekolah rendah dan menengah dapat dicapai bagi memastikan saranan dan intervensi diperlukan dilaksanakan secara efisien dan efektif.

Dalam perkembangan lain, Fadhlina berkata, lebih 122,000 murih Tahun Satu didapati masih belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).

Jelasnya, perkara tersebut berpunca dari keciciran yang berlaku ketika pandemik Covid-19, kemiskinan dan memerlukan intervensi khusus seperti anak-anak yang berkeperluan khas.

“Di peringkat keseluruhan yang KPM sudah kenal pasti melalui program Anak Kita yang baru dilancarkan baru-baru ini, ada lebih 83,000 anak-anak di seluruh negara yang akan terlibat dengan program ini.

“Ini khususnya bagi Program 3M, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan program melibatkan keciciran pelajar (di sekolah rendah dan menengah). Angka ini sifatnya adalah dinamik kerana sebaik saja mereka menguasai melalui intervensi yang dibuat baik di peringkat negeri mahupun persekutuan, nombor ini akan berubah,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya