PETALING JAYA: Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) berjaya mencatatkan pelaburan direalisasi berjumlah RM48.25 bilion sepanjang 2024 yang menyaksikan peningkatan sebanyak 60 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, NCER juga menyaksikan sebanyak 10,529 peluang pekerjaan baharu melalui pelaburan direalisasikan tersebut. Perkembangan itu, kata Anwar, dimaklumkan sewaktu beliau mempengerusikan Mesyuarat Ke-32 Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), semalam. “Bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, NCER berjaya mencatatkan pelaburan direalisasi berjumlah RM48.25 bilion. Nilai ini adalah peningkatan sebanyak 60 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya