Nasiruddin, isteri antara 22 pengurusan tertinggi GISBH dituduh esok terlibat jenayah terancang - Utusan Malaysia

Nasiruddin, isteri antara 22 pengurusan tertinggi GISBH dituduh esok terlibat jenayah terancang

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seramai 22 individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH, Datuk Nasiruddin Mohd Ali akan dituduh esok dibawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan iaitu menjadi Ahli Kumpulan Jenayah Terancang.

Selain Nasiruddin, turut dituduh di bawah seksyen sama iaitu isterinya Azura Md Yusof dan anak bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Mohammad Adib At-Tamimi.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, pertuduhan itu dibuat selepas kertas siasatan itu telah dirujuk dan ditaklimatkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) petang tadi.

“Kesemua OKT akan dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang esok pagi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini malam ini.

Pada 16 Oktober lalu,Nasiruddin antara 16 individu yang ditahan semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zin berkata, sejak Op Global dilancarkan pada 11 September lalu 58 individu ditahan di bawah SOSMA termasuk 16 orang yang merupakan pengurusan tertinggi GISBH.

Mereka antara 415 individu yang ditahan dalam Op Global hingga fasa keempat

Selain itu, seramai 35 individu masih dalam tahanan reman, 273 orang dijamin, 37 individu dibebaskan tanpa syarat, dua orang diserahkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan seorang lagi kepada Jabatan Imigresen untuk tujuan pengusiran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya