Najib nafi wang AS$120 juta dari SRC International atau KWAP

Najib nafi wang AS$120 juta dari SRC International atau KWAP

Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) hadir di kompleks mahkamah bagi memberi keterangan sebagai defendan dalam saman sivil AS$1.18 bilion SRC International terhadapnya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, semalam. GAMBAR: FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan wang AS$120 juta (RM514 juta) yang masuk ke dalam akaun peribadinya datang daripada wang yang diseleweng daripada syarikat SRC International Sdn. Bhd. atau Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

Ujarnya, semakan oleh pasukan peguamnya terhadap dokumen transaksi kemasukan wang tersebut juga mendapat kesimpulan yang sama.

“Berdasarkan dokumen dikaji dan dianalisa oleh pasukan pembelaan saya, wang yang masuk ke akaun saya bukan dari KWAP dan SRC International. Oleh kerana saya tidak memiliki dokumen itu, saya serahkan kepada peguam ketika hujahan untuk memberikan butiran akaun saya bagi menunjukkan wang itu bukan dari KWAP atau SRC,” katanya.

Najib berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam, Datuk Lim Chee Wee yang mewakili SRC International.

Peguam itu bagaimanapun terus menyoal Najib berhubung transaksi berkenaan dan memintanya untuk menunjukkan bahawa tiga transaksi wang yang dikreditkan ke dalam akaun itu bukan daripada KWAP atau syarikat pelaburan strategik itu.

Chee Wee: Mengenai dakwaan berkaitan wang AS$120 juta milik SRC dikreditkan ke dalam akaun anda, adakah anda mempunyai bukti yang didokumenkan mengenai sumbernya?

Najib: Saya menafikan ia datang dari SRC dan peguam saya akan membawa dokumen itu semasa hujahan. Itu keputusan saya.

Chee Wee: Setakat bukti, adakah anda menyatakan peguam akan membawanya, adakah anda kini mempunyai bukti?

Najib: Saya tidak mempunyai dokumen ini tetapi peguam saya akan membawanya

Chee Wee: Jadi anda sebagai saksi, tiada dalam simpanan anda (dokumen atau bukti) untuk menunjukkan sumber AS$29 juta (RM124 juta) itu?

Najib: Kita akan buktikan bila peguam mengemukakan hujahan.

Pada 7 Mei 2021, SRC memfailkan saman sivil terhadap Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Nik Faisal Ariff Kamil dengan menuntut ganti rugi AS$1.18 bilion (RM5.05 bilion).

Dalam tindakan saman itu, lima bekas pengarah syarikat itu turut dinamakan sebagai pihak ketiga. Sebelum ini, SRC menggugurkan lima individu berkenaan dalam saman itu dan hanya mengekalkan Najib dan Nik Faisal sebagai defendan.

Lima individu itu ialah Datuk Suboh Md. Yassin, Datuk Mohammed Azhar Osman Khairuddin, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Che Abdullah @ Rashidi Che Omar.
SRC International mendakwa kesemua defendan bersubahat dan melakukan pecah amanah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya