Najib nafi tentukan jumlah pinjaman SRC International

Najib nafi tentukan jumlah pinjaman SRC International

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan jumlah RM2 bilion yang dipinjam oleh SRC International Sdn. Bhd. daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) telah ditentukan terlebih dahulu olehnya.

Sebaliknya, bekas Ahli Parlimen Pekan itu memberitahu, jumlah tersebut sebenarnya ‘diminta’ oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Nik Faisal Ariff Kamil.

Najib memberitahu, beliau hanya melakukan apa yang diperlukan bagi membolehkan SRC International dapat menjalankan aktiviti pelaburannya.

Tindakan itu termasuk bercakap dengan Pengerusi KWAP (ketika itu) untuk mempercepatkan proses pinjaman tersebut.

Najib berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam, P. Gananathan yang mewakili syarikat terbabit dalam perbicaraan kes saman sivil terhadap bekas Presiden Umno itu di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Pada 7 Mei 2021, SRC memfailkan saman sivil terhadap Najib dan Nik Faisal dengan menuntut ganti rugi AS$1.18 bilion.

Pada prosiding semalam, Najib memberitahu, bukan tugasnya untuk mengenalpasti jenis pelaburan yang sesuai bagi syarikat tersebut kerana ia adalah tugas pengurusan SRC INternational.

Tambahnya, beliau hanya perlu memastikan SRC International beroleh pembiayaan yang diperlukan.

Dalam tindakan saman itu, lima bekas pengarah syarikat turut dinamakan sebagai pihak ketiga. Sebelum ini, SRC menggugurkan lima individu berkenaan dalam saman itu dan hanya mengekalkan Najib dan Nik Faisal sebagai defendan.

SRC International yang juga anak syarikat 1MDB selaku plaintif, dalam writ saman mendakwa kesemua defendan bersubahat dan melakukan pecah amanah. Najib turut didakwa menyalahgunakan kuasanya dan memperoleh ganjaran peribadi daripada dana SRC selain menyeleweng dana itu.

SRC International memohon deklarasi semua defendan bertanggungjawab membayar kerugian dana pelaburan itu akibat penggunaan jumlah pinjaman terbabit, selain menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi tambahan, faedah, kos dan relief lain.

Perbicaraan kes di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin bersambung hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya