Musim tengkujuh: Terengganu perbanyak acara tarik pelancong

Musim tengkujuh: Terengganu perbanyak acara tarik pelancong

SEBAHAGIAN peserta termasuk pelancong menyertai acara Monsoon Casting Tournament di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada musim tengkujuh. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu memperba­nyakkan acara untuk menarik kedatangan pelancong ketika negeri ini dilanda musim tengkujuh tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pe­lancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, hujan lebat ketika tengkujuh tidak menghalang Terengganu untuk terus menarik pelancong melalui pelbagai aktiviti sepanjang musim tersebut.

Menurutnya, Tasik Kenyir menjadi tumpuan untuk acara-acara pelancongan sepanjang musim tengkujuh memandang­kan ia tidak terjejas dengan keadaan cuaca tersebut.

“Pada musim tengkujuh, pelbagai acara pelancongan kita lebih kepada ‘monsoon challenge’ tetapi bukan di laut sebaliknya kita bertumpu ke Tasik Kenyir,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Razali memberitahu, antara acara tersebut ialah Monsoon Casting Tournament (MCT), 4×4 Rainforest Challenge untuk peminat pacuan empat roda dan kejohanan motocross untuk peminat sukan lasak

Selain itu, acara lain ialah Terengganu Watersport Festival dan International Golden Monsoon Ride yang sering diadakan pada hujung tahun.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi mempromosikan lagi aktiviti pelancongan sepanjang tengkujuh, kebanyakan operator hotel dan resort telah memperkenalkan diskaun menarik untuk pengunjung.

“Mereka yang datang masih boleh menikmati makanan-makanan tradisional seperti nasi dagang, nasi kerabu dan lain-lain kerana tengkujuh tidaklah menyebabkan banjir di semua tempat.

“Terengganu masih seronok dikunjungi walaupun pada musim tengkujuh kerana ada banyak lagi lokasi pelancongan yang lain seperti Jambatan Ang­kat Kuala Terengganu, Taman Tamadun Islam dan Kampung Budaya Terengganu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya