KLUANG: Seorang ibu tunggal merayu bantuan orang ramai untuk mencari bekas suaminya bagi mewalikan pernikahan anak perempuan mereka, Noor Syafiqa, 26, pada Disember depan.
Sazila Sarbini, 40, berkata, Muliady Masra, 56, telah berpisah dengannya pada 2010 dan sejak itu mereka terputus hubungan dan tidak mengetahui di mana dia sekarang.
“Syafiqa mempunyai seorang adik lelaki, namun dia tidak boleh menjadi wali sekiranya ayahnya itu masih hidup,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Justeru, dia meminta orang ramai yang mengetahui di mana Muliady atau bekas suaminya itu dapat menghubungi Syafiqa di talian 017-7530641 untuk mengatur temu janji supaya urusan pernikahan dapat dijalankan dengan lancar. – UTUSAN