MTL: JBPM Kelantan sedia kerah 2,080 PPB hadapi banjir

MTL: JBPM Kelantan sedia kerah 2,080 PPB hadapi banjir

ZAINAL Madisin (kiri) memberikan kata-kata semangat kepada Pegawai Bomba Bantuan yang berjaya menamatkan  Latihan Kursus Asas dan Pentauliahan PBB Malaysia siri ke 3 di Pusat Latihan Negeri di Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Kelantan hari ini. UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan bersedia untuk mengerahkan 2,080 pegawai bomba bantuan (PBB) bagi menghadapi banjir sepanjang Monson Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula November ini.

Pengarahnya Zainal Madasin berkata, kesemua mereka sudah diberikan latihan yang secukupnya sebagai kumpulan sokongan bagi memberikan bantuan sekiranya banjir luar biasa berlaku.

“Daripada jumlah itu, 71 orang PBB merupakan pakar dalam operasi mencari dan menyelamat di kawasan pegunungan dan gua. Pada masa sama, 46 PBB kita masih dalam operasi penyelamatan di air.

“Untuk makluman, JBPM Kelantan sudah mengenalpasti 610 lokasi ‘hot spot’ banjir dan pada masa sama, kita akan turut gerakan PBB jika diperlukan nanti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Tamat Latihan Kursus Asas dan Pentauliahan PBB Malaysia siri ke 3 di Pusat Latihan Negeri, Balai JBPM Bachok, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zainal memberitahu, kesemua peserta kursus pentauliahan diberi pendedahan secara teori dan amali berkait kemahiran mengendalikan peralatan bomba Mengikut Arahan Tetap Ketua Pengarah Bilangan 1 Tahun 2014.

Katanya, kursus yang diadakan itu membabitkan latihan remedial operasi pemadaman, mencari dan menyelamat serta penggunaan alat pernafasan.

“Saya harap ilmu yang diberikan ini dapat melancarkan lagi penugasan anggota semasa berdepan kecemasan nanti.

“Pendedahan berterusan ini penting sebagai persediaan untuk berdepan sebarang kemungkinan semasa melaksanakan tugas menyelamat,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zainal berkata, JBPM Kelantan memerlukan sebuah helikopter bagi kerja menyelamat musim banjir terutama di kawasan kritikal dan pedalaman.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya