MOTAC sasar 10,000 kunjungi Karnival Cuti-cuti Malaysia

MOTAC sasar 10,000 kunjungi Karnival Cuti-cuti Malaysia

Khairul Firdaus Akbar Khan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan 10,000 pengunjung ke Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2024 (KCCM) yang akan berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada 25 hingga 27 Oktober ini.

Timbalan Menterinya, Khairul Firdaus Akhbar Khan berkata, KCCM adalah strategi menarik pelancong domestik dan antarabangsa bagi Tahun Melawat Malaysia 2026.

“KCCM turut menyokong 100 penggiat industri pelancongan dan 30 pengusaha kraftangan.

“Selain itu, Edu Plus dilancarkan hari ini (semalam), di mana peserta boleh menjalani kursus pendek dalam pelbagai bidang supaya Malaysia mampu menarik pasaran luar dan menjadi destinasi pilihan untuk program pendidikan berkaitan pelancongan,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Khairul, karnival ini juga memainkan peranan penting dalam memperkenalkan produk-produk kraftangan tempatan kepada pasaran antarabangsa, sekaligus memperluaskan potensi eksport bagi produk berasaskan seni tempatan.

Mengulas lanjut, Khairul berkata, KCCM juga merupakan platform untuk pengusaha kraftangan memperkenalkan produk baru mereka kepada pasaran tempatan.

“KCCM meliputi segala aspek ekonomi, bukan hanya dari segi keuntungan komersial tetapi juga dari sudut kemasyarakatan.

“Produk yang diperagakan tidak terhad kepada barangan premium, tetapi juga berkualiti pada harga berpatutan,” jelasnya.

MOTAC berharap, program ini dapat menyemarakkan lagi semangat rakyat Malaysia menyokong produk tempatan sambil mempromosikan warisan kepada dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya