Mohon skim PRR Tangga Batu ditukar kepada sewa beli

Mohon skim PRR Tangga Batu ditukar kepada sewa beli

SUHAIMI Ali (tiga dari kanan) mengiringi Rais Yasin (tiga dari kiri) menyerahkan replika kunci rumah kepada seorang penyewa di PRR Tangga Batu, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri memohon Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mempertimbangkan penukaran skim sewa Program Residensi Rakyat (PRR) Tangga Batu di sini kepada sewa beli atau rent to own (RTO).

Pengerusi Kanan Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin berkata, ia bagi membolehkan rakyat memiliki rumah sendiri seiring dengan hasrat kerajaan negeri iaitu satu keluarga, sebuah rumah.

“Buat masa ini hanya penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Krubong dan Tehel mendapat manfaat tersebut. Jadi, saya mohon kepada kementerian untuk mempertimbangkan penukaran skim ini pada masa yang difikirkan sesuai,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Kunci PRR Tangga Batu, semalam.

Dalam majlis itu, Rais bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti) KPKT, Suhaimi Ali menyampaikan replika kunci rumah kepada 120 pemilik kediaman PRR Tangga Batu.

Sementara itu, Suhaimi berkata, Kerajaan Persekutuan sedia membantu mencari dana pembangunan sekiranya tanah yang dicadangkan kerajaan negeri untuk PRR bersesuaian.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan mempercepat dan mempermudahkan urusan rakyat untuk memiliki sebuah kediaman selesa.

“Konsep pembangunan PRR baharu masih mengambil konsep sedia ada, namun ditambah baik dengan elemen dan skop tambahan tanpa melibatkan penambahan keluasan saiz rumah. Elemen dan skop tambahan ini memberikan nilai pelaburan terbaik, meningkatkan nilai tambah, kualiti unit rumah, daya huni serta bersifat mampan.

“Sekiranya kerajaan negeri menawarkan tanah di lokasi strategik dan sesuai bagi pembangunan PRR, kerajaan Persekutuan akan sedaya upaya mencari dana pembangunan tanpa perlu pindah milik tanah kerajaan negeri kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya