Mohon maaf bukti Najib ikhlas, berjiwa besar - Mohd. Sharkar - Utusan Malaysia

Mohon maaf bukti Najib ikhlas, berjiwa besar – Mohd. Sharkar

MOHD. SHARKAR SHAMSUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Permohonan maaf secara terbuka dibuat Datuk Seri Najib Razak berhubung salah laku berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membuktikan bekas Perdana Menteri tersebut seorang yang berjiwa besar.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, ia juga dibuat ikhlas daripada hati Najib yang mengakui terluka apabila mengetahui segala kecurangan dalam 1MDB berlaku semasa di bawah pengawasannya sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri.

“Ia bukan permohonan maaf yang dilihat sengaja dibuat-buat demi meraih simpati. Ia membuktikan Najib tidak lepas tangan sebaliknya menyesali apa yang berlaku.

“Semoga Datuk Seri Najib mendapat keadilan yang sebenar dalam kes 1MDB,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Najib membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kejadian salah laku dalam syarikat 1MDB.

Dalam kenyataan yang dibacakan anaknya, Datuk Mohamad Nizar, Najib kekal menyatakan beliau tidak bersalah dan meletakkan kesalahan kepada ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low dan eksekutif Petrosaudi.

Permohonan maaf Najib itu datang enam hari sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan sama ada beliau perlu membela diri dalam kes rasuah 1MDB yang bermula lima tahun lalu.

Menurut kenyataan itu, Najib memberitahu beliau berasa amat terluka mengetahui segala kecurangan berlaku dalam 1MDB ketika berada bawah pengawasan beliau sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri ketika itu.

Najib menambah, sepanjang tempoh menjalani hukuman penjara 26 bulan dan susulan pelbagai perkembangan signifikan berkaitan 1MDB, beliau terpanggil untuk membuat kenyataan itu.

Najib kemudian memetik artikel yang diterbitkan The Edge awal bulan ini, yang menunjukkan bagaimana Low Taek Jho atau Jho Low dan dua eksekutif Petrosaudi, Patrick Mahoney dan Tarek Obaid berpakat untuk menyelewengkan dana 1MDB. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN