Mohon lesen PBT: Penjaja di Kelantan diwajibkan carum Perkeso

Mohon lesen PBT: Penjaja di Kelantan diwajibkan carum Perkeso

KAKITANGAN Perkeso Kelantan dan pengamal media Kelantan yang menjayakan Program Jalinan Kasih Perkeso Bersama Media Kelantan di Pulau Sri Tanjung, Tumpat, Kelantan semalam.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUMZAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mewajibkan penjaja mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) sekiranya mahu memohon lesen perniagaan.

Pengarahnya, Nora Yaakob berkata, perbincangan berhubung perkara itu sudah dijalankan dan Perkeso Kelantan sedang mengenal pasti jumlah penjaja di negeri ini.

Menurutnya, Perkeso meletakkan syarat wajib supaya penjaja dilindungi jika berlaku kemalangan di tempat kerja.

“Jika mahu lesen PBT, penjaja wajib mencarum SKSPS dan kita sedang mengenal pasti penjaja di negeri ini untuk diberi penerangan.

“Caruman serendah RM23.30 setahun, memanfaatkan peluang disediakan kerajaan yang membiayai caruman sebanyak 90 peratus iaitu RM209.50 setahun menerusi SKSPS,” katanya kepada pemberita selepas Program Jalinan Mesra Perkeso Bersama Media Kelantan di Pulau Sri Tanjung di sini semalam.

Nora memberitahu, setakat ini seramai 10,300 orang yang bekerja sendiri sudah mencarum Perkeso daripada jumlah keseluruhan 170,000.

“Kita mahu semua orang yang bekerja sendiri di negeri ini mencarum SKSPS,” ujarnya.

Nora berkata, setiap tahun Perkeso menyasarkan kira-kira 10,000 orang yang bekerja sendiri mencarum SKSPS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya