Mohd. Nazrul Izad dilantik Pengerusi Eksekutif NNA Land - Utusan Malaysia

Mohd. Nazrul Izad dilantik Pengerusi Eksekutif NNA Land

MOHD. NAZRUL IZAD MOHD. ARSAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Ahli perniagaan, Datuk Mohd. Nazrul Izad Mohd. Arsad dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif NNA Land & Construction Sdn. Bhd berkuatkuasa November ini.

Perlantikan tersebut merupakan anjakan baharu kepada syarikat berkenaan dalam bidang hartanah dan pembinaan.

Mohd. Nazrul Izad berazam memajukan NNA Land sebagai syarikat berdaya maju ke arah 2030 dan disenaraikan ke Bursa Malaysia.

Selain hartanah, NNA Land juga mengorak langkah dalam bidang pelancongan termasuk pembinaan resort dan hotel.

Mohd. Nazrul Izad mempunyai pengalaman luas dalam bidang hartanah dan pembinaan selama 25 tahun jatuh bangun dalam bidang berkenaan.

Selain perniagaan, anak kelahiran Beserah di sini itu juga seorang yang aktif dalam politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Buat masa ini, NNA Land banyak menumpukan pada kerja pembinaan infrastruktur seperti kerja tanah, pembinaan jalan raya, loji IWK dan pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN