MOF, BNM, KPKT teliti pemberian pinjaman perumahan jangka panjang - Utusan Malaysia

MOF, BNM, KPKT teliti pemberian pinjaman perumahan jangka panjang

Ahmad Zahid ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Bilangan 3 bagi tahun 2024 hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Cadangan Dasar Perumahan Negara termasuk meneliti pemberian pinjaman perumahan berjangka masa panjang bakal dibincang melibatkan Kementerian Kewangan (MOF) bersama Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara berkenaan antara yang dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif
Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Bilangan 3 bagi tahun 2024 hari ini.

Katanya, ia bagi memastikan individu dan isi rumah yang kurang berkemampuan mampu memiliki rumah tanpa berasa terbeban dengan kenaikan harga rumah yang semakin meningkat lebih-lebih lagi pembiayaan pinjaman perumahan berjangka masa panjang.

“Mesyuarat telah membincangkan nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat dari 67.2 peratus peratus pada 2002 kepada 81.2 peratus pada 2022.

“Sektor hartanah kediaman kini mendominasi pinjaman sektor isi rumah, dengan kredit perumahan meningkat daripada 36 peratus pada 1997 kepada 59.7 peratus pada 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, pada mesyuarat itu juga Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) turut membentangkan status Indikator Kos Sara Hidup 2023 yang dibangunkan untuk memberikan gambaran tentang jumlah perbelanjaan diperlukan oleh isi rumah untuk memenuhi keperluan kehidupan wajar termasuk kemampuan penyertaan dalam masyarakat.

Ujarnya, indikator ini akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 November ini.

“Indikator baharu ini dijangka akan memberikan nilai tambah kepada penggubalan dasar kerajaan berkaitan kos sara hidup termasuk pelaksanaan
pemberian bantuan terutama kepada golongan sasar,” jelasnya.

Mesyuarat juga katanya, telah membincangkan pelaksanaan ciri pembayaran bersama untuk produk Insurans dan Takaful Perubatan serta Kesihatan (MHIT) yang dibentangkan oleh BNM.

Pengerusi NACOOL itu berkata, mesyuarat dimaklumkan pelaksanaan pembayaran bersama mampu memberi pilihan yang pelbagai kepada pengguna di samping persaingan yang sihat di antara syarikat insurans atau takaful dalam menawarkan produk yang bersesuaian dengan kedudukan kewangan pemegang polisi atau pengguna.

“Menurut BNM, ciri pembayaran bersama mampu memberi penawaran harga 19 hingga 68 peratus lebih murah berbanding dengan produk yang tidak mempunyai ciri
pembayaran bersama menunjukkan keseimbangan yang baik terhadap penawaran dan permintaan bagi sektor perubatan dan kesihatan dalam negara,” katanya.

Tambahnya, mesyuarat turut berbincang berkenaan pelaksanaan dua ciri pembayaranbersama yang merangkumi deduktibel dan insurans atau takaful bersama di mana ianya mampu mewujudkan ekosistem kesihatan yang kondusif dan mampan melalui ketelusan bil perubatan dan pemegang polisi serta pengguna. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya