Modal teroka: Kerajaan tubuh NFOF dengan dana RM1 bilion

Modal teroka: Kerajaan tubuh NFOF dengan dana RM1 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: National Fund-of-Funds (NFOF) akan ditubuhkan di bawah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) yang beroperasi bulan hadapan dengan dana RM1 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, NFOF akan menyokong pengurus dana modal teroka melabur dalam syarikat mula niaga dengan RM300 juta disediakan untuk 2025.

Kata beliau, KWAP di bawah Dana Perintis menyediakan RM1 bilion untuk turut menyokong aktiviti syarikat mula niaga tempatan dengan RM200 juta khusus untuk 2025.

“Cradle Fund diperuntukkan RM65 juta bagi membantu syarikat mula niaga berpotensi untuk berkembang ke peringkat serantau dan
global.

“Ini juga termasuk RM15 juta geran padanan sebagai galakan untuk GLC bekerjasama dengan syarikat mula niaga melalui ikhtiar modal teroka korporat,” katanya.

Tambah beliau, bagi memperkukuh ekosistem modal teroka supaya kekal berdaya saing dalam menarik pelaburan asing, proses kelulusan aliran dana rentas sempadan di bawah Dasar Pentadbiran Pertukaran Asing kini dimudah cara dan boleh dibuat berdasarkan jumlah saiz mandat dana. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya