Met Malaysia keluar amaran hujan - Utusan Malaysia

Met Malaysia keluar amaran hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor merupakan antara lokasi dikenalpasti mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang pada petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) juga mengeluarkan amaran sama membabitkan negeri seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kerian dan Larut, Matang Dan Selama), Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang) dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Port Dickson) sehingga 4 petang petang,

Selain itu, Met Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Bera) dalam tempoh 3 petang sehingga 4 petang.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Dalam pada itu, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya