Menyamar ahli sukan untuk masuk Malaysia, 21 warga Bangladesh ditahan

Menyamar ahli sukan untuk masuk Malaysia, 21 warga Bangladesh ditahan

ANTARA warga asing ditahan JIM dengan menyamar sebagai ahli sukan di Kuala Lumpur. - GAMBAR JIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Membawa masuk warganegara asing khususnya dari Bangladesh dengan menya­mar sebagai ahli sukan kononnnya bagi menyertai satu pertandingan sukan di negara ini.

Itu modus operandi satu sindiket membawa masuk warga asing yang ditumpaskan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) selepas kesemua 21 orang yang terlibat ditahan dalam operasi khas pada 3 Oktober lalu di Maluri Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, berdasarkan maklumat awam dan risikan yang dijalankan selama dua minggu, pasukan operasi diatur gerak ke lokasi dan berjaya menahan tiga lelaki warganegara Bangladesh yang dipercayai sebagai ‘sindiket’.

“Dua lelaki warganegara Bangladesh yang ditahan memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) manakala seorang lelaki warganegara Bangladesh telah tinggal lebih masa,” katanya dalam kenyataan semalam.

Zakaria berkata, turut ditahan di lokasi yang sama seramai 18 orang lelaki warganegara Bangladesh yang kesemuanya berjumlah 21 orang berusia di antara 21 hingga 33 tahun.

Katanya, pasukan operasi merampas sebanyak 18 naskhah pasport Bangladesh, wang tunai RM990 dan surat jemputan untuk menyertai pertandingan sukan beserta jadual pertandingan di negara ini yang dipercayai palsu.

“Modus operandi sindiket adalah membawa masuk warga­negara asing terutamanya warganegara Bangladesh dengan menyamar sebagai ahli sukan dengan berpakaian sukan, me­nempah tiket untuk pulang semula ke Bangladesh.

“Mereka turut menempah bilik di sebuah hotel bajet di Kuala Lumpur sehari sebelum tarikh perlawanan semasa masuk ke Malaysia untuk mengaburi pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, kadar bayaran yang dikenakan oleh sindiket adalah sebanyak RM2,000 hingga RM5,000 untuk setiap orang yang dipercayai telah beroperasi selama empat bulan.

Katanya, kesemua warganegara asing yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Lenggeng kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Sek.6(3), Sek.15(4), Sek.56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya