MCMC, PDRM siasat kes kibar bendera China - Utusan Malaysia

MCMC, PDRM siasat kes kibar bendera China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) giat mengenal pasti individu yang cuba menyebarkan hasutan berkenaan isu bendera China dikibarkan di Teluk Intan, Perak.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

“Pihak MCMC sedang meneliti dan bekerjasama dengan PDRM untuk mengenal pasti mereka yang cuba menghasut dalam isu ini,” katanya.

Sebelum ini, tular video perarakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan yang mengibarkan bendera negara asing di media sosial yang melanggar syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya